JENIS,KESAN DAN SEBAB DILARANGNYA JUDI DALAM ISLAM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Sebelum kita jelaskan bentuk–bentuk judi masa lalu dan kini ada baiknya kita renungi sejenak pengertian judi menurut ulama fuqaha (ulama fiqh)dan dua ayat di dalam al-qur’an surat al-Maidah ayat 90-91
PENGERTIAN JUDI :
Judi dalam hukum syar’i disebut maysir dan qimar adalah “transaksi yang dilakukan oleh dua belah untuk pemilikan suatu barang atau jasa yang menguntungkan satu pihak dan merugikan pihak lain dengan cara mengaitkan transaksi tersebut dengan suatu aksi atau peristiwa”.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُون
Hai orang–orang yang beriman sesungguhnya arak,judi,berhala dan mengundi nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. sesungguhnya syaitan itu bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan berjudi itu, menghalangi kamu dari mengingat Allah dan shalat; maka berhentilah kamu .(Q.S; Al –Maidah: 90-91)
JENIS JUDI
1. Al -MUKHATARAH
Bentuk permainan al-mukhatarah, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, merupakan permainan yang melibatkan dua orang atau lebih yang mempertaruhkan harta dan isteri mereka dalam sesuatu permainan.
Orang yang menang berhak mengambil harta dan isteri pihak yang kalah. Harta dan isteri yang sudah menjadi milik pemenang dapat diperlakukan sesuka hati. Jika suka, dia boleh mengahwininya. Jika tidak, wanita itu hanya dijadikan hamba atau gundik.
2 . AL-TAJZI'AH
Dalam at-tajzi'ah, 10 orang bermain kad daripada potongan kayu. Ada 10 keping kad, 7 kad diberi angka 1-7, dan 3 kad kosong, sehingga semua angkanya berjumlah 28. Kemudian seekor unta dipotong menjadi 28 bahagian.
Setiap peserta diundi untuk mengambil potongan daging sesuai dengan angka pada kad yang didapatinya. Tiga peserta yang mendapat kad kosong dianggap kalah dan harus membayar harga unta.
Mereka yang menang saling membanggakan diri dengan menyebut nama suku mereka. Permainan ini sering kali berakhir dengan perselisihan, bahkan peperangan.
KESAN TERHADAP MASYARAKAT
Amalan judi dan minum arak telah diterima oleh sebahagian besar masyarakat sebagai amalan yang boleh memudaratkan institusi kekeluargaan.Judi bukan sahaja boleh menjejaskan kemampuan kewangan seseorang individu tetapi juga boleh melalaikan dan melekakan seseorang itu daripada menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan mereka yang di bawah tanggungan seseorang itu.
DOSA BESAR
Para ulama setuju bahawa hukum berjudi adalah haram dalam Islam. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya… (al-Baqarah: 219)
Dalam ayat lainnya disebut bahawa judi termasuk dalam perbuatan syaitan, sehingga kita mesti menjauhinya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
SEBAB DIHARAMKAN JUDI DALAM ISLAM
Alasan diharamkan judi juga dijelaskan dalam ayat berikutnya yang bermaksud:Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu kamu masih berdegil)? (al-Maidah: 91)
AL-MAYSIR
Dalam bahasa Arab, judi disebut al-Maysir, yang berasal daripada akar kata yasira atau yasurayang bererti menjadi mudah atau yasara (memudahkan).
Hal ini dapat difahami kerana judi menjanjikan keuntungan tanpa melalui cara yang wajar sebagaimana diajarkan dalam Islam.
Muhammad Rasyid Ridha, cendekiawan Islam yang berasal dari Mesir menafsirkan kata maysir dalam al-Quran sebagai permainan untuk mencari keuntungan tanpa menggunakan akal dan bekerja keras.
INTIHANYA..
Islam adalah agama yang sejajar dengan fitrah manusia. Oleh itu Islam mengharuskan hiburan dan berbagai permainan. Mengikut prinsip hukum Islam, apa lagi hiburan dan permainan adalah halal kecuali ada dalil yang menjadikannya haram. Atas dasar ini, pada hakikatnya terdapat pelbagai hiburan dan permainan yang manusia boleh menceburinya dibandingkan apa yang tidak dibenarkan. Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk mentohmah Islam sebagai satu agama yang sempit dan jumud kerana sikap tegasnya terhadap judi. Islam melarang judi kerana ia menjadikan manusia menggantungkan harapannya kepada nasib, keuntungan yang tiba-tiba serta cita-cita kosong bukan kepada pekerjaan dan usaha melalui sebab musabab yang ditentukan oleh Allah taala.
Wallahua'lam